Thursday, January 22, 2009

Slmt Tahun Baru 2009

Slmt Tahun Baru 2009 dan Salam Maal Hijrah 1429H

Monday, September 15, 2008

Ramadhan Kareem..

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".


Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."


Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."


Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."



Monday, August 25, 2008

refleksi lagi..

Susah jugak nak buat pengiraan menggunakan excel ni kalau xtumpu betul-betul ape yang Pn Sakinah ajar masa kat dalam kelas.. syukurlah ada Liana yang banyak membantu.. untuk itu, inilah die refleksi camne nak wat pengiraan dalam excel bagi memudahkan kita para guru yang bakal keluar mengajar nanti kerana penting sangat pengetahuan ni untuk kita nanti.. selamat mencuba untuk semua..

REFLEKSI EXCEL (CARA MEMASUKKAN MARKAH DAN PENGIRAANNYA)

1. Masukkan data yang dikehendaki seperti biasa. Bagi memasukkan bil secara automatik, taip nombor 1,2,3 kemudian dengan menggunakan + gemuk, tarik kotak ke nombor tersebut, apabila kotak jadi biru, kemudian klik di hujung kotak, apabila + kurus muncul, tarik ke bawah mengikut bilangan yang dikehendaki.
2. Apabila telah memasukkan data, jika ingin menyusun mengikut urutan abjad, klik pada butang sort ascending. Secara automatik, nama akan tersusun mengikut abjad.
3. Kemudian, buat satu jadual panduan gred. Namakan jadual tersebut dengan nama JADUAL1 dengan cara bold kan jadual dan pergi ke name box dan taip nama jadual tersebut.
4. Langkah seterusnya ialah memasukkan gred bagi setiap markah: bold kan petak gred bagi markah pelajar yang pertama kemudian klik insert dan pilih function. Kemudian akan keluarlah dialog box yang meminta kita memilih function, maka pilihlah VLOOKUP. Apabila keluar dialog box yang meminta kita mengisi maklumat iaitu: look-up value ( klik petak markah pelajar pertama tadi, maka akan keluarlah maklumat yang di minta ), table array ( taipkan JADUAL1 iaitu jadual yang telah kita namakan tadi bagi mewakili skema pengredan ), column index number ( taipkan nombor 2 ) range lookup ( taipkan TRUE ), kemudian klik ok. Drag kan + kurus di hujung petak bagi mendapatkan kesemua gred pelajar.
5. Langkah bagi mencari jumlah bagi setiap gred : bold kan petak untuk memasukkan gred, kemudian klik insert dan pilih function countif dan klik ok, apabila keluar dialog box yang meminta mengisi maklumat seperti : range ( bagi mendapat maklumat tersebut, bold kan keseluruhan petak gred bagi 1 subjek ), citeria ( taipkan ” A ” jika kita mencari jumlah gred A ) kemudian klik ok. Ulang langkah di atas bagi mencari gred B, C, D dan E.
6. Bagi mencari purata, bold kan petak untuk memasukkan purata kemudian klik insert dan pilih function average dan klik ok, apabila keluar dialog box meminta diisi number 1 ( klik pd petak gred A-F ) kemudian number 2 ( klik pada petak markah pelajar ), dan klik ok.

Monday, August 4, 2008

Refleksi Blog

Cara Membuat Blog Peribadi

masuk ke google
klik more
klik even more
pergi ke blogger
create your blog now
create google accounts
masukkan alamat email peribadi yang dah sedia ada
retype alamat email
masukkan password
retype email password
masukkan display name
taipkan word vertification
klik accept
klik continue
masukkan nama blog
masukkan blog address
klik continue
pilih template untuk blog
klik continue
google akan sahkan blog telah dicipta
klik start blogging untuk memasukkan maklumat
klik publish post untuk menyiarkan maklumat di blog

Refleksi Yahoo Groups

Cara Membuka Yahoo Groups

masuk ke yahoo.com
klik groups
klik start your group today
masukkan alamat email peribadi dan password
klik place my group here
masukkan nama yang akan diguna dalam groups
masukkan group email address
taipkan describe untuk group
klik continue
masukkan kod yang diberi dan klik continue
yahoo akan confirmkan registration berjaya
untuk invite kawan-kawan join group ini, klik invite people to join

Refleksi email

Cara Membuka Akaun Email

masuk ke laman web yahoo.com
klik sign-up untuk membuka akaun baru
penuhkan maklumat yang diminta seperti:
· nama
· jantina
· tarikh lahir
· tempat tinggal
· mengisi yahoo id & email
· masukkan password
· memasukkan semula password
· mengisi alternatif email
· memilih security question
· pilih jawapan bg security question
· menaip code yang diberi
· klik agree
· klik create my account
· yahoo akan sahkan pendaftaran

Madah Pujangga

Wanita ibarat bunga... cantik indahnya pada pandangan mata hanya sementara...Yang kekal menjadi pujaan manusia, hanyalah wanita yang mulia akhlaknya... kerana akhlak itu umpama bunga diri. Tiada guna berwajah cantik tetapi akhlak buruk. Tiada guna juga berwajah cantik tetapi hati kosong dari ilmu...